DUNIA hiburan tempatan terus diwarnai kisah-kisah manis dan pahit serta hangat antaranya kisah perkahwinan dan penceraian golongan selebriti. Hari ni, ria nak kongsi pahit manis kisah artis-artis Malaysia sepanjang tahun 2009
Perkahwinan dan pertunangan
23 Jan. - Selepas hampir dua bulan memeluk Islam, pelakon dan penerbit terkenal, Wendy Wong atau Wani Wendy Wong Abdullah sah menjadi isteri kepada seorang ahli perniagaan, Yacob Chik. Penerbit rancangan bersiri Kisah Benar itu memeluk Islam pada 28 November 2008.
12 Feb. - Penyanyi dan pelakon, Mohd. Faizal Ramly yang juga juara program realiti terkenal Akademi Fantasia musim keempat (AF4) menamatkan zaman bujangnya apabila mengahwini Nur Ashikin Mior.
14 Feb. - Pelakon Tengku Iskhan Shah Tengku Haidar atau Que Haidar dan guru tari terkenal, Linda Jasmine selamat diijab kabul.
22 Feb. - Penyampai Radio Hot FM, Kartini Kamalul Ariffin atau Tini berkahwin dengan Pengurus Acara Hot FM, Nur Sulhi Jasmin.
Selamat Tinggal 2013
11 years ago