Ruangan Sembang - Tinggalkan jejak anda disini..

Monday, June 14, 2010

Hadiah Untuk Kekasih

..:: Hadiah Untuk Kekasih ::..

Setiap hadiah yang anda beri kepada kekasih anda mempunyai maksud yang tersirat...
JAM TANGAN.........Tanda meningati setiap masa dan waktu.
CINCIN.............Tanda ikatan kasih yang abadi.
GELANG.............Tanda mesra dan inginkan belaian.
RANTAI LEHER.......Ikatan cinta yang perlu perhatian.

SUBANG.............Tanda penghargaan dan penghormatan.
KASUT..............Sentiasa mengambil berat/prihatin.
PAKAIAN/KAIN.......Semoga kasih berkekalan dan dekat selalu.
PAYUNG.............Tanda kasih dan sentiasa ingin melindungi.
MINYAK WANGI.......Tanda cinta dan berahi.
BINGKAI GAMBAR..... Sentiasa merindu dan tak ingin berjauhan.
BUKU............... Bersifat terbuka dan bertolak ansur.
BUNGA...............Tanda perkenalan/sayang.
SEJADAH DAN ALQURAN.........tandanya kekasihnya itu menyayanginya dunia
dan akhirat.

PssssTT..heheeheehehe... Satu lagi.... zaman mellinieum.... HANDPHONE...tandanya.... kau jangan lari dari ku.......aku kan cari kamu
walau dimanapun ... melainkan kalau handphone tu ditutup.....

Sunday, June 13, 2010

Aqasha dah bertunang ke?

Aqasha dah bertunang ker? Rasa cam tak caya jer dia dah bertunang. Selepas beliau berpisah dgn Umi Aida, takda dengar citer cinta artis ni. Tup2 dah bertunang. Kalau betullah berita ini, tahniah diucapkan wat Aqasha & pasangan beliau. Actually, tak minat sangat kat Aqasha ni, tapi yang menarik minat untuk mengikuti perkembangan cerita samaada betul ke tidak dia dah bertunang adalah sebab tunangan beliau.

Kalau tengok dari gambar pertunangan ni, gambar tunang Aqasha sebijik cam muka Moderator Astro @15 yang menggunakan nickname Baizura a.k.a Recario a.k.a kacoi. Kalau betullah Jura wanita tersebut...perggggggggghh! congrate jura. Akhirnya tercapai gak impian jura selama ini. Sebagai salah sorang cetes gak di @15, sy mendoakan hubungan yang terbina kekal berpanjangan. Tapi kalau tersalah orang lain, maaf dipinta wat tunang Aqasha. hehehe..


Saturday, February 27, 2010

Didera sampai mati

Sedihnya baca berita hari ni.. Seorang kanak-kanak umur 3tahun didera begitu kejam. Dimana nilai kemanusiaan? Huhuhu..

Oleh Nor Fazlina Abdul Rahim
nfazlina@bharian.com.my

Syafia Humairah Sahari, 3, ditampar, disepak teman lelaki ibu


KUALA LUMPUR: Seorang kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun mati dengan kesan luka pada muka dan perut, dipercayai didera oleh teman lelaki ibunya di kediaman mereka, di Kampung Batu 30, Ulu Yam Lama, dekat Batang Kali, malam kelmarin.

Syafia Humairah Sahari dipercayai ditampar dan disepak di perutnya beberapa kali sehingga mengalami kecederaan parah pada tubuh selain luka muka, dagu, telinga serta lebam kaki dan tangan.

Friday, February 26, 2010

Salam Maulidur Rasul - 1431 Hijrah

Sambutan Maulidur Rasul tahun ini bertemakan "Memantapkan Ukhwah Memperkasa Ummah"

Selamat menyambut Maulidur Rasul buat seluruh umat nabi Muhammad SAW.. Kasihnya Nabi SAW kepada kita :
1) Sesungguhnya setiap Nabi diberikan oleh Allah SWT 1 doa yg pasti termakbul. Setiap Nabi telah pun menggunakan peluang itu, kecuali Nabi Muhammad S.A.W. Baginda rasulullah SAW telah menyimpannya untuk kita diakhirat kelak, agar baginda dpt memberikan syafaat kpd kita, ummatnya.

2) Antara kalimat terakhir yg lahir dari mulut baginda SAW sebelum wafat ialah "ummati.. ummati..ummati.."

3) Rasulullah S.A.W pernah jatuh pengsan ketika dikhabarkan oleh Jibril AS bahawa akan ada dikalangan ummatnya yg dicampakkan ke dalam api neraka.

4) Sesungguhnya ada di antara ummat Muhammad SAW yang akan dimasukan ke dlm syurga sedangkan mizan dosanya melebihi kebaikannya, atas doa dan syafaat Nabi SAW. Ada pula yg telah dicampakkan ke dlm neraka kemudian dikeluarkan daripadanya kerana berkat doa dan permintaan Nabi SAW, dengan izin-Nya juga.

Duhai ummat.. sejauh mana pula kasih kita kepada baginda saw? renungkan...

"Sesungguhnya, telah ada pada (diri) Rasulullah itu sari teladan yang baik bagimu iaitu bagi orang yang mengharap (rahmat) Allah dan (kedatangan) hari kiamat dan banyak menyebut nama Allah."
[Surah Al-Ahzab : 21]

"Muhammad itu sekali-kali bukanlah bapa kepada seorang lelaki antara kamu, tetapi dia adalah Rasulullah dan penutup nabi-nabi. Dan, adalah Allah Maha Mengetahui segala sesuatu."
[Surah Al-Ahzab : 40]

"Sesungguhnya Allah dan malaikat-Nya berselawat (memberi segala penghormatan dan kebaikan) kepada Nabi (Muhammad, saw); wahai orang-orang yang beriman, berselawatlah kamu kepadanya serta ucaplah salam sejahtera dengan penghormatan yang sepenuhnya"
[Surah Al-Ahzaab : 56]

Wednesday, February 17, 2010

Janin hanyut disangka anak patung

by Rosemaria Buma
February 13, 2010, Saturday

MIRI: Tiga budak yang sedang leka bermain di tepi sungai di kawasan setinggan Pujut 5 di sini terkejut dengan penemuan sebuah kotak hanyut berisi janin perempuan yang disangka anak patung.


BAHAN BUKTI: Pegawai penyiasat kes, Sarjan Mejar Momie Gusti menunjukkan
sebuah beg berisi kotak yang mengandungi janin yang sudah tidak bernyawa.

Ketika ditemui, janin malang itu yang masih mempunyai tali pusat serta cukup sifat dibungkus dengan plastik berwarna merah jambu.Turut dijumpai di dalam plastik itu sekeping wang kertas RM10 dan dua batang jarum suntikan (picagari). Menurut sumber, pada tengah hari Khamis lalu, tiga budak terbabit, masing-masingnya seorang lelaki dan dua perempuan berusia antara lapan hingga 10 tahun sedang leka bermain air di tepi sungai di bawah rumah mereka yang terletak di kawasan setinggan Pujut 5 di sini. Ketika sedang bermain, tiba-tiba mereka ternampak sebuah beg mesra alam yang dihanyutkan arus tidak jauh dari tempat mereka bermain. Seorang daripada mereka menarik beg tersebut ke tebing sungai dan memeriksa kandungannya. Apabila diperiksa, mereka ternampak sebuah kotak kecil di dalamnya yang mengandungi satu bungkusan beg plastik merah jambu berisi janin berkenaan dengan bahagian kakinya terkeluar, sekeping wang kertas RM10 dan dua batang picagari.

Saturday, January 16, 2010

KAHWIN CERAI DUNIA ARTIS

DUNIA hiburan tempatan terus diwarnai kisah-kisah manis dan pahit serta hangat antaranya kisah perkahwinan dan penceraian golongan selebriti. Hari ni, ria nak kongsi pahit manis kisah artis-artis Malaysia sepanjang tahun 2009


Perkahwinan dan pertunangan

23 Jan. - Selepas hampir dua bulan memeluk Islam, pelakon dan penerbit terkenal, Wendy Wong atau Wani Wendy Wong Abdullah sah menjadi isteri kepada seorang ahli perniagaan, Yacob Chik. Penerbit rancangan bersiri Kisah Benar itu memeluk Islam pada 28 November 2008.

12 Feb. - Penyanyi dan pelakon, Mohd. Faizal Ramly yang juga juara program realiti terkenal Akademi Fantasia musim keempat (AF4) menamatkan zaman bujangnya apabila mengahwini Nur Ashikin Mior.

14 Feb. - Pelakon Tengku Iskhan Shah Tengku Haidar atau Que Haidar dan guru tari terkenal, Linda Jasmine selamat diijab kabul.

22 Feb. - Penyampai Radio Hot FM, Kartini Kamalul Ariffin atau Tini berkahwin dengan Pengurus Acara Hot FM, Nur Sulhi Jasmin.

Gerhana Matahari

Semalam 15.01.2010, Gerhana matahari separa berlaku. Gerhana matahari tahun ni, menurut berita dari akhbar, Malaysia hanya dapat mengalami 40% gelap. tu kira boleh tahan gaklah. Sangat bertuah bagi yang dapat menyaksikan gerhana tersebut. Gambar ni ehsan dari sahabat ria. Ria tak berpeluang nak tengok disebabkan di tempat ria, hujan dari pagi tak henti-henti.

Location, Date & Time:
Darul Quran, KKB | 15 January 2010 | 4:27pm (+8GMT)
Latitude: +3d 32'32.17"
Longitude: +101d 39'58.62"

“Sesungguhnya matahari dan bulan adalah dua tanda dari tanda-tanda kekuasaan Allah. Terjadinya gerhana matahari atau bulan itu bukanlah kerana kematian seseorang atau kehidupannya. Maka jikalau kamu melihatnya bertakbirlah, berdoalah kepada Allah, bersolatlah dan bersedekahlah. Wahai umat Muhammad, tidak ada yang lebih cemburu (marah) mengatasi kemarahan Allah atas perbuatan zina di kalangan hamba-Nya sama ada lelaki atau perempuan. Wahai Umat Muhammad, demi Allah, jika kamu mengetahui apa yang aku ketahui, nescaya kamu akan sedikit ketawa dan banyak menangis.”
(Hadith riwayat Muslim)


Keunikan semasa berlakunya gerhana. Unik kah ? Unik sebab telur ayam boleh berdiri tegak di sebabkan gravity yang selari. Mula-mula memanglah ria macam tak percaya tapi Memang betul lah kan. Tengok la gambar di bawah ni.

Klik pada link untuk melihat video gerhana tersebut. Video ni ria dapat dari seorang kawan forum. -> "Klik Di Sini"


Selain Gerhana Matahari Separa pada 15 Januari, satu lagi fenomena gerhana akan datang ialah Gerhana Bulan Penuh di Sabah dan Sarawak pada 21 Disember 2010.

Monday, January 11, 2010

Busy....

Huhuhuhu....
Dah 1 minggu tak merapu dalam ni. Agak bz sikit dalam minggu ni sampai nak jenguk blog pun tak sempat. So far, takda apa-apa perkembangan sangatlah dalam minggu ni. Semua cam biasa jer cuma adalah sedikit kelainan berbanding hari-hari lain.. Ermmmm, apa yg lain tu..."Biarlah Rahsia".Ehehehe..

Saturday, January 2, 2010

Sesi Makan-makan Pembuka Tahun 2010

Hooooreyyyyyy!.
Hari ke-2 tahun baru 2010. Ni lah post pertama pembuka tirai 2010 dari ria. Hari ni ria cuti, jadi berpeluang nak membelek blog. Nak update aktiviti pertama sempena tahun baru semalam.

Semalam 1.Januari.2010, ria keja pagi. Balik cam biasalah pukul 2pm. Kerja mmg bz gilerlah. Sampai balik je xda peluang nak rehat2. Permulaan tahun yg panas gak ni. Ehehehe.. Semalam gak, ada teman sekerja wat open house..Ada gaklah kawan yang ajak pergi rumah dia, tapi ria dah ada plan awal-awal nak kuar ngan housemate lepas balik keja. Kebetulan lak, sebelah ptg..kitaorg mmg ada wat sesi mkn2 stemboat. Pergi mkn kat tempat yg hari tu gak tapi kali ni, kitaorg pergi lebih ramailah. Dan nak bawak sotong sekali sbb kat situ takda sotong. Tu yg ria ngan housemate nak kuar beli.

Pukul 3.30pm, kitaorg pun kuar n sampai kat shopping mall. Just cuci2 mata jer n terus gi makan kat kfc. Ria lapar sgt sbb kat tmpt keja, tak sempat nak makan. Ria just pesan burger ayam ngan kentang goreng + pepsi. Sekadar untuk alas perut sementara menunggu sesi makan-makan kul 7 nanti. Ehehehe.. Lepas makan-makan jer, kita berdua gi beli sotong ngan Dumpling ayam + ikan untuk dimakan ptg ni. Actually, kat kedai tu..mmg ada pun disediakan makanan tapi ni saja jer nak menambah. Maklumlah, semua kuat makan. ahahaha..

blogger templates | Make Money Online