Ruangan Sembang - Tinggalkan jejak anda disini..

Thursday, December 31, 2009

SELAMAT TINGGAL 2009

Dalam beberapa jam lagi, Kita akan melangkah ke tahun baru -> 2010.

Rasa macam tak percaya jer, begitu cepat waktu berlalu..Macam baru semalam melangkah ke tahun 2009. Banyak gaklah peristiwa pahit manis yang berlaku pada 2009 ni. Alhamdulillah, so far..ria rasa lebih banyak peristiwa manis dari pahit yang berlaku. Perkembangan yang cukup baik dan semoga di tahun baru yang bakal tiba, banyak lagi peristiwa positif yang berlaku dalam hidup ria. Amin..

Peristiwa pahit tahun 2009 yang tak dapat dilupakan adalah:
1. Mak Su (sebelah ayah) kembali keRahmatullah pada 7hb.06.2009.
2. Rumah sewa kena rompak dan ada barang2 berharga yang hilang pada hari raya ke-7.



Funscrape.Com

Funscrape.Com | More New Year 2010 Comments




Funscrape.Com

Funscrape.Com | More New Year 2010 Comments

Wednesday, December 30, 2009

HARI YANG MALANG..

Hari ni, lepas balik keja..plan jenjalan ngan housemate. Kebetulan,housemate ni baru abis cuti..tu yg ajak dia kuar jenjalan sesama selepas seminggu kena tinggal sorang2. Dua lagi housemate masih bercuti sampai 4hb. Cuti sakan dorang berdua ni..huhuhu.

Pada jam 3pm, ria ngan kwn ni kuar. Masa lepas tutup gate rumah tu, siap lak kwn ni tanya..kalau reverse alarm kereta ria ni funtion ke tak. Ria bgtau ya sbb ria beli keta yg full assesori. Mulalah ria wat demo ngan dia.. Demo punya demo, ria betul2 terlanggar gate tu lak. Adeh! bendalah yg ria pikir sampai lupa nak break... Sampai bergegar gate tu ria langgar.Lepas tu, ria kuar dari keta...tgk ada kesan calar2 kat bumper keta ria. Apa lagi, lepas tu..terus gi workshop. Dorang bgtau utk hilangkn kesan calar tu, kena spray 1 bumper tu. Ria tanya harga,dorang bgtau RM100. Sbb tak suka tgk kesan calar tu, ria soh dorang spray. Huhuhu...melayang RM100.

Tgh tunggu dorang spray keta tu, ria ngan kwn pergi makan. Makanan yg ria order dah sampai dulu dr kwn tu. Ria mula mkn slow2 sementara menunggu mknan yg kwn tu pesan. 10minit lepas tu, kitaorg nampak pekerja kedai mkn tu bawak mkanan yg seperti yg kwn ria tu pesan pergi meja sebelah ria. Jarak meja tu dr meja tmpt kami mkn cuma 2 meja jer. Kami pun heranlah nape mkanan yg kwn ria pesan lom sampai2 lagi sedangkan customer tu dtg lambat dari kami tapi dia yg kena serve dulu. Kami berdua sabar lagi.. Dah dekat sejam, xjugak sampai2..ria panggil pekerja kat situ tanya nape mknan yg kwn ria pesan xda lagi. Pekerja tu gi dapur & kemudiannya kami berdua nampak sorang lagi pekerja ambik balik mknan yg kat depan customer tu tadi. Rupa-rupanya, customer tu tak pesan pun makanan tu. Dengan yakinnya, sah2lah mkanan tu kwn ria yg pesan sebenarnya tapi mereka salah bagi kat orang lain.

5 minit lepas tu, ada pekerja dtg gi meja kami dan bawak makanan kwn ria tu. Kami tgk makanan tu semacam je, sebijik cam mknan kat depan customer yg kami tgk tadi. Lepas saling berpandangan, ria tgk kwn ria tu pun, xnak mkn mkanan tu. Kalau bg kat ria pun,ria mmg xnak mkn gak sbb mknan tu tadi dah lama pun kat meja customer tadi. Siap customer tu belek-belek lagi mkanan tu ngan garfu. Ria panggil pekerja situ dan tanya, naper dorang bg kami makanan yg kat meja tadi tu ngan kami. Naper tak masak yg baru. Pekerja tu diam jer n berlalu tanpa cakap 1 patah kata pun.

Kemudian, kami terus bangun dan pergi kaunter bayar. Ria bgtau kat pekerja kat kaunter bayar tu bahawa kami taknak bayar makanan yg kwn punya tu. Ria bgtau, mkanan tu dihidang kat org lain dan kemudian dihantar kat meja kami pulak. Semua pekerja kat situ diam seribu bahasa bila ria cakap macam tu. Ria betul-betul tak puas hati dengan pekerja situ yang melayan pelanggan mcm ni dan langsung tak minta maaf pada customer atas kesalahan mereka. Ria hope lepas ni, takdalah dorang wat benda macam ni lagi pada pelanggan-pelanggan lain. Ria taknaklah dedahkan nama kedai makan tersebut, kang tak pasal-pasal menjejaskan nama baik restoran tu lak. Taknaklah sampai macam tu sekali.

Memang malang sungguh hari ni. Peristiwa malang penutup tahun 2009..huhuhu..

Monday, December 28, 2009

Hakikat Sebuah kehidupan..

Hakikat Sebuah kehidupan..

Aku pernah kata pada seseorang, "CINTA TIDAK PERLUKAN SEBAB"
Lalu seseorg lantas cakap dgn aku "AKU SAYANG KAU SANGAT2 beb"
Tapi aku cakapkan padanya "LUPAKANLAH AKU..."

Dan aku pernah terbaca seseorang tulis...

"Saya minta kepada Allah setangkai bunga yang segar, DIA bagi saya kaktus berduri. Saya minta kupu-kupu yang cantik, diberi ulat berbulu. Saya sedih & kecewa. Namun kemudiannya, kaktus itu berbunga, indah sekali dan ulat itupun bertukar menjadi kupu-kupu yang cantik. Itulah jalan Allah. Indah pada masanya. Allah tidak memberi apa yang kita harapkan tapi DIA beri apa yang kita perlukan. kadang2 kita sedih, kecewa, terluka.... tapi jauh diatas segalanya DIA sedang mengaturkan yang terbaik dalam kehidupan kita..."

Inilah Kehidupan ,sakit tetapi indah, Pelik tapi menarik.....

Menghantar fail besar melalui Internet - www.yousendit.com

Internet telah membolehkan kita menghantar fail secara elektronik dengan dengan cepat. Jika dahulu penghantaran maklumat mungkin mengambil masa selama beberapa hari kini maklumat telah boleh dihantar secara elektronik didalam masa beberapa saat sahaja, dimana sahaja diseluruh dunia asalkan ada sambungan Internet.

Teknik penghantaran maklumat melalui Internet yang popular adalah melalui email. Namun begitu terdapat kekangan penghantaran maklumat melalui email jika fail yang dihantar adalah besar atau melebihi ruang saiz alamat email penerima. Sukar bagi penghantar untuk mengetahui saiz ruang email sebenar yang boleh digunakan untuk menerima maklumat. Ada alamat email yang memberikan ruang yang besar dan ada yang memberikan ruang yang kecil.

Namun kini telah terdapat penyelesaian dimana pengguna boleh menghantar fail sebesar 100 MB walaupun peti alamat email penerima adalah lebih kecil daripada itu.

Kemudahan penghantaran email dengan kandungan yang besar ini boleh diperolehi di alamat laman web berikut. www.yousendit.com



Picture 4.png

Anda hanya perlu menambahkan alamat email penerima, nyatakan kandungan fail yang hendak dihantar dan mesej yang hendak disampaikan. Anda tidak pun perlu mendaftar atau membuat apa-apa bayaran. Selesai sahaja kandungan diupload ke laman web www.yousendit.com, satu email akan dihantar ke alamat email yang dinyatakan. Perbezaannya disini dengan teknik penghantaran email yang lain adalah, laman web ini hanya akan menghantar capaian kepada kandungan yang telah diletakan dilaman web tersebut.

Apabila penerima ingin mendapatkan kandungan yang sebenar, mereka hanya perlu menekan diatas capaian yang diterima. Secara automatik apabila capaian ditekan, kandungan yang disimpan untuk sementara dilaman web www.yousendit.com itu akan terus dimuat-turunkan kedalam komputer penerima, tanpa perlu melalui peti mailbox email penerima.

Friday, December 25, 2009

Pagi Jumaat Yang Menyentuh Hati...

Hari ni, Hati sayu jer rasanya...
Housemate transfer balik tempat asal dia. Mujur gaklah hari ni bertugas shift malam. Member tu gi tempat keja hantar kunci rumah..Leh gaklah tahan airmata tu dr jatuh. Kalau jumpa kat rumah, kompem hujan ribut petir dibuatnya. Eheheheh, biasalah..pelakon airmata terbaik ni.

Ria tak banyak cakap tadi masa jumpa kwn tu. Tak terkeluar apa nak diucapkan. Takut menangis lak. Taknaklah mengiringi perjalanan jauh member tu pulang ke kampung dengan airmata. Sampai je rumah, pas mandi...siap antar msg lagi. Tadi taknak cakap..ahahaha..lawak gak kalau pikir balik. ehehhe..

Wat member yg berpindah tu.. Ria doakan semoga sentiasa happy always n juga hope persahabatan kita berkekalan walaupun tak pasti bila akan bersua balik. InsyaAllah, panjang umur..pasti berjumpa lagi. "Friendship Never End"

Buat 3 org lagi member yg bercuti sbb menyambut perayaan tu, Selamat bercuti & semoga bergembira disamping family. Jangan lupa balik keja sudah.ehehehe..


Ni pic housemate ria.. Dari kiri -> Tina, Me, Fowler, Pzan & Florence.

Thursday, December 24, 2009

Sesi makan-makan

Semalam, kul 7.30pm..Kitaorang wat sesi dinner ngan kengkawan sekerja. Kami pergi makan stemboat kat "Taman Awam - Miri". Nama kedai lupa dah..Ehehhee..

Hidangan RM18/person. Leh makan apa2 jer hidangan yang ada.. kitaorg makan 6 orang je.Ada sorang lagi xdapat hadir. So far, mmg berpuas hatilah ngan hidangan yg disediakan. Sedap sup yang disediakan. Lenkali, nak datang lagi.. ehehhe..

**Tak sempat nak ambik pic semasa sesi makan2 sbb dah kekenyangan"

Send SMS FREE Sahaja Melalui Internet

Di sini ria nk kongsi-kongsi ngan semua teknologi internet yang memudahkan kita.
sape yg dh taw..bgus la..
kepada mereka yg blom try dlu k..

1. Gi ke website ni -> http://for-ever.us/

2. Masukkan num saper yang nak di msg.. contoh isian nombor ialah:
60123456789/60173456789/6016/6013/6019..
Kena mulakan dgn "60" kemudian diikuti oleh num penerima.

3. Leh terus taip msg yang nak dihantar..Guna bahasa melayu pun leh,asalkan taip menggunakan tulisan biasa camni.

4. Dah siap, tekan je butang send. terus automatik penerima akan menerima msg dari anda.

Hantar msg free saja, nak pengesahan...cuba send gi number sendiri..tgk kredit ada tolak ke tak....
Selamat mencuba...

Panggilan percuma menerusi Wi-Fi di telefon bimbit

SETIAP hari ada saja kemudahan baru yang diwujudkan bagi memanfaatkan teknologi sedia ada. Kemudahan baru akan lahir apabila ia menepati tiga perkara iaitu prasarana, peralatan dan perisian.

Banyak model telefon bimbit yang dilengkapi kemudahan Wi-Fi atau capaian Internet tanpa wayar. Jika pejabat anda mempunyai kemudahan Wi-Fi, pengguna boleh melayari laman web dengan mudah dengan hanya menggunakan telefon bimbit.

Dengan adanya telefon bimbit berupaya Wi-Fi, di pejabat pula ada kemudahan perkhidmatan Wi-Fi, setakat ini kita masih tidak membuat panggilan menggunakan telefon bimbit menerusi kemudahan Wi-Fi kerana sebelum ini tidak terdapat perisian yang membolehkan kita berbuat demikian.

Penantian kita sudah berakhir apabila perisian yang membolehkan kita membuat panggilan telefon menerusi kemudahan Wi-Fi menggunakan telefon bimbit sudah wujud. Kemudahan itu dinamakan Wi-Fi Mobile dan boleh diperoleh di www.wifimobile.com

Dengan kemudahan ini, prasarana Wi-Fi sedia ada boleh digunakan untuk membuat panggilan telefon.

Oleh kerana nombor telefon didaftarkan ketika proses memindah turun perisian, maka nombor itu juga boleh digunakan untuk membuat panggilan dari telefon ke telefon yang lain.

Ikutilah langkah berikut untuk memindah turun perisian seterusnya menggunakan kemudahan Wi-Fi untuk membuat panggilan telefon secara percuma.

1. Lawati laman web www.wifimobile.com

2. Pilih, pilihan untuk kegunaan persendirian (Consumer Service). Pindah turun perisian untuk telefon bimbit. Terlebih dulu hendaklah dipastikan model telefon bimbit anda terdapat di dalam senarainya. Masukkan negara, alamat e-mel dan nombor telefon.

3. Isikan huruf sekuriti yang dipaparkan

4. Satu capaian untuk anda memindah turun perisian Wi-Fi Mobile akan dihantar ke telefon bimbit melalui khidmat pesanan ringkas (SMS).

5. Apabila anda mengklik di atas capaian, perisian OneFone akan dipasang di dalam telefon bimbit anda.

6. Pilih sambungan Internet yang diinginkan dengan menekan menu > IAP, anda boleh memilih untuk menggunakan sambungan Wi-Fi atau sambungan 3G.

5. Selepas memilih sambungan, masukkan nombor telefon yang hendak dihubungi seperti biasa. Pastikan Ikon telefon berwarna hijau sebelum membuat panggilan. Apabila panggilan dijawab, bercakaplah seperti biasa. Kualiti suara bergantung kepada kualiti sambungan Internet yang digunakan. Jika anda melanggan perkhidmatan 3G Data tanpa had, perisian ini juga boleh membuat panggilan melalui sambungan Internet 3G itu.

6. Telefon rakan anda yang sudah dipasang dengan perisian OneFone ini akan berdering seperti biasa dan perbualan boleh dilakukan seperti biasa tanpa dikenakan sebarang caj tambahan.

7. Selepas membuat panggilan tekan Options dan pilih Hang Up untuk menghentikan panggilan.

Oleh kerana teknik panggilan ini menggunakan kemudahan Internet, anda boleh berbual di mana saja asalkan ada kemudahan Wi-Fi tanpa dikenakan bayaran panggilan telefon seperti yang biasa.

Wednesday, December 23, 2009

Mengimbas Kenangan Silam...

Hari ni, time balik keja...tengah duduk sambil tunggu kawan merangkap housemate, tetiba ada yang menegur sapa. Heran gak saperlah yang agaknya memberi ucapan "Assalammualaikum" kat ria ni padahal dia xnampak pun ria sbb ria duduk membelakang.

Bila ria menoleh jer, pergggh! rupa2nya sidia..(kenangan lama).
Dup dap dup dap gak seyyy bila kena tegur. Tergagap2 gak nak jawab balik walaupun semuanya dah tinggal kenangan. Sebagai menghormati persahabatan, jawab gaklah teguran dia.. Terpaksa berpura-pura tanya "maner wife?" ..Dia ngan serba salah gak jawab.. "Ada dalam kereta"..Selepas itu,ria cuma tersenyum padanya dan membisu seribu kata. Dia gak berlalu n sesekali menoleh pada ria yang tgh duduk dan berpaling ke arah lain dan akhirnya,sempat gak ria menoleh kearah kereta yang dipandu dihadapan ria sehingga hilang dari pandangan.

Tak sangka pertemuan itu terjadi. Kalau boleh mmg xnak terjumpa pun sbb xnak mengingat kenangan itu.. Teringat lak lirik lagu "Lamunan terhenti"..huhuhhu..

Lamunan Terhenti - Aris Ariwatan

Entah mengapakah hatiku bergetaran
Bila bertemu lagi oh kekasih lama
Ku cuba selindungkan api keresahan
Namun perasaan ini berapi di dalam

Ku kira engkau sudah melupakan
Kerna itulah engkau nampak tenang
Lainlah aku walau ketika ini
Masih membara ingatanku terhadapmu

Ku singkap kenangan dulu
Sewaktu kasih berputik
Kugenggam erat tanganmu
Kau tunduk sembunyikan wajah
Namun dapat aku meneka hatimu
Sehati denganku

Lalu kau mendongak berbalas renungan
Dan dengan perlahan tangan kau lepaskan
Kau pun berlalu dalam kepekatan malam
Tinggal aku seorang

Terhenti lamunan bila ku dikejutkan
Engkau dipimpin pergi oleh seseorang
Dalam keterpaksaan kau melangkah kaki (pergi)
Namun sempat jua kau menoleh ku disini

Saturday, December 19, 2009

Cuti hari ni...

Hari ni, ria tak keja. Mulakan merajinkan diri mengemas bilik. Yalahkan, time cuti je ada peluang.. Kalau hari2 lain, balik keja penat..mulalah tulang pun rasa berat je. Ehehehe..

Sebelah petang, dengan rajinnya.. ria gi lah belai2 buah hati ria tu. Yalah, dah 2 minggu buah hati tu tak mandi.. Sian lak tgk abis berdebu. Siap je ria cuci, 1/2jam lepas tu, lebat lak ujan. Alahai, kalau tahu jadi camni.. baik takyah cuci.huhuhu..

Friday, December 18, 2009

SALAM MAAL HIJRAH

Salam Maal Hijrah buat semua sahabat-sahabat...Semoga kehadiran Tahun baru memberi sinar baru dalam hidup kita..


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

Thursday, December 3, 2009

GAMBAR SEMASA HARI RAYA 2009

Gambar-gambar ni diambil sekitar hari raya lepas.. Lambat upload kerna ria nye laptop kena curi.. Pastu lak,bz ngan keja.. Kesempatan yang ada ni, baik update blog..Ehehehe..

Gambar semasa hari raya ni tiada pun gambar ria. Sebabnya,ria kalau time perayaan camni..mmg bz kat dapur je. Boleh dikatakan jadi tukang masaklah..Ehehe.. Yang ada ni pun,adik-adik yang excited nak ambik. Ada gak adik beradik lain yang lom dtg sbb dorang gi beraya dirumah mertua. Gambar2 ni diambil pada hari raya pertama selepas sembahyang raya.
Ada gak sesi bersalaman yang lain tiada direkodkan kerna taknak gila glamour exspecially ->"me"..Eheheheh..

Wednesday, December 2, 2009

Kembali setelah sekian lama menyepi..

Fuh! lama tak menulis..Rindu lak rasanya.
Actually, laptop kena curi masa balik kampung hari raya lepas. Abis barang-barang pencuri kebas. Balik je bercuti, kena kemas-kemas apa yang patut. Sebulan lepas tu, baru beli laptop baru.

InsyaAllah dalam masa terdekat, akan upload pic-pic semasa raya hari tu..

TUNGGU!! Hehehehe...

blogger templates | Make Money Online