Ruangan Sembang - Tinggalkan jejak anda disini..

Showing posts with label Diari 2010. Show all posts
Showing posts with label Diari 2010. Show all posts

Friday, February 26, 2010

Salam Maulidur Rasul - 1431 Hijrah

Sambutan Maulidur Rasul tahun ini bertemakan "Memantapkan Ukhwah Memperkasa Ummah"

Selamat menyambut Maulidur Rasul buat seluruh umat nabi Muhammad SAW.. Kasihnya Nabi SAW kepada kita :
1) Sesungguhnya setiap Nabi diberikan oleh Allah SWT 1 doa yg pasti termakbul. Setiap Nabi telah pun menggunakan peluang itu, kecuali Nabi Muhammad S.A.W. Baginda rasulullah SAW telah menyimpannya untuk kita diakhirat kelak, agar baginda dpt memberikan syafaat kpd kita, ummatnya.

2) Antara kalimat terakhir yg lahir dari mulut baginda SAW sebelum wafat ialah "ummati.. ummati..ummati.."

3) Rasulullah S.A.W pernah jatuh pengsan ketika dikhabarkan oleh Jibril AS bahawa akan ada dikalangan ummatnya yg dicampakkan ke dalam api neraka.

4) Sesungguhnya ada di antara ummat Muhammad SAW yang akan dimasukan ke dlm syurga sedangkan mizan dosanya melebihi kebaikannya, atas doa dan syafaat Nabi SAW. Ada pula yg telah dicampakkan ke dlm neraka kemudian dikeluarkan daripadanya kerana berkat doa dan permintaan Nabi SAW, dengan izin-Nya juga.

Duhai ummat.. sejauh mana pula kasih kita kepada baginda saw? renungkan...

"Sesungguhnya, telah ada pada (diri) Rasulullah itu sari teladan yang baik bagimu iaitu bagi orang yang mengharap (rahmat) Allah dan (kedatangan) hari kiamat dan banyak menyebut nama Allah."
[Surah Al-Ahzab : 21]

"Muhammad itu sekali-kali bukanlah bapa kepada seorang lelaki antara kamu, tetapi dia adalah Rasulullah dan penutup nabi-nabi. Dan, adalah Allah Maha Mengetahui segala sesuatu."
[Surah Al-Ahzab : 40]

"Sesungguhnya Allah dan malaikat-Nya berselawat (memberi segala penghormatan dan kebaikan) kepada Nabi (Muhammad, saw); wahai orang-orang yang beriman, berselawatlah kamu kepadanya serta ucaplah salam sejahtera dengan penghormatan yang sepenuhnya"
[Surah Al-Ahzaab : 56]

Monday, January 11, 2010

Busy....

Huhuhuhu....
Dah 1 minggu tak merapu dalam ni. Agak bz sikit dalam minggu ni sampai nak jenguk blog pun tak sempat. So far, takda apa-apa perkembangan sangatlah dalam minggu ni. Semua cam biasa jer cuma adalah sedikit kelainan berbanding hari-hari lain.. Ermmmm, apa yg lain tu..."Biarlah Rahsia".Ehehehe..

Saturday, January 2, 2010

Sesi Makan-makan Pembuka Tahun 2010

Hooooreyyyyyy!.
Hari ke-2 tahun baru 2010. Ni lah post pertama pembuka tirai 2010 dari ria. Hari ni ria cuti, jadi berpeluang nak membelek blog. Nak update aktiviti pertama sempena tahun baru semalam.

Semalam 1.Januari.2010, ria keja pagi. Balik cam biasalah pukul 2pm. Kerja mmg bz gilerlah. Sampai balik je xda peluang nak rehat2. Permulaan tahun yg panas gak ni. Ehehehe.. Semalam gak, ada teman sekerja wat open house..Ada gaklah kawan yang ajak pergi rumah dia, tapi ria dah ada plan awal-awal nak kuar ngan housemate lepas balik keja. Kebetulan lak, sebelah ptg..kitaorg mmg ada wat sesi mkn2 stemboat. Pergi mkn kat tempat yg hari tu gak tapi kali ni, kitaorg pergi lebih ramailah. Dan nak bawak sotong sekali sbb kat situ takda sotong. Tu yg ria ngan housemate nak kuar beli.

Pukul 3.30pm, kitaorg pun kuar n sampai kat shopping mall. Just cuci2 mata jer n terus gi makan kat kfc. Ria lapar sgt sbb kat tmpt keja, tak sempat nak makan. Ria just pesan burger ayam ngan kentang goreng + pepsi. Sekadar untuk alas perut sementara menunggu sesi makan-makan kul 7 nanti. Ehehehe.. Lepas makan-makan jer, kita berdua gi beli sotong ngan Dumpling ayam + ikan untuk dimakan ptg ni. Actually, kat kedai tu..mmg ada pun disediakan makanan tapi ni saja jer nak menambah. Maklumlah, semua kuat makan. ahahaha..

blogger templates | Make Money Online