Ruangan Sembang - Tinggalkan jejak anda disini..

Tuesday, August 4, 2009

Rentetan Perjalanan Cuti-Cuti Malaysia ke Sabah.

Fuh!, akhirnya penantian berakhir. Kembali menulis blog dimulakan dengan perjalanan bercuti ke SABAH, negeri dibawah bayu (31.July.2009 – 03.Aug.2009). Lama tak menulis blog. Blog lama pun Ria dah lama tak jenguk. Jadi ria ambil keputusan nak wat blog baru je lah untuk trip Bercuti Ke Sabah ni. Mujur gaklah balik jer dari sabah, terus dapat cuti sehari. Bolehlah seharian menulis blog perjalanan ke sabah ni. hehehe.. Tiket dah awal-awal ditempah. Bukan main excited nak pergi sabah. Siap-siap booking tiket bln 4 lagi(4.apr.2009). Booking awal-awal, bolehlah dapat harga yang murah sikit. Tiket pergi balik Airasia Miri – Kota Kinabalu Cuma RM111 je.

Pada mulanya, trip ke sabah disertai 8org termasuklah tuan empunya blog. Tetapi, disaat-saat akhir, 2 kwn terpaksa menarik diri atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan. Sayang gak 2org kwn tak dapat join, kalau tak..makin meriahlah jadinya. Trip ni sebenarnya mmg dah lama dirancang. Kebetulan ada 2 kawan yg dah pernah pergi sabah dan mahir jalan-jalan kat sana, jadi senanglah nak bergerak. Trip to Sabah ni disertai oleh kwn sekerja tapi berlainan jabatan. Untuk hari pertama, ria dah siap booking 1 bilik superior di Hotel Promenade melalui online booking.


Dimulakan cerita perjalanan ke sabah 3 malam 4 hari. Kepada kawan-kawan yang menyertai trip ke sabah ni, ria minta izin untuk keluarkan gambar-gambar kenangan semasa lawatan kita ini untuk tontonan umum..hehehehhe..

Hari 1 (31.July.2009)
Seawal pukul 5pagi, ria dah siap-siap mandi dan prepare nak gi ke airport. Dalam hati, memang dah tak sabar-sabar nak menjejak kaki ke sabah. Kebetulan, 2 housemate ikut serta gak join trip ni, senanglah sikit. Leh gerak sama dari rumah ke airport. Pada pukul 6.30pg, bertolak dari rumah.. Mujur gak ada sorang kawan yang keja pagi, jadi terus minta dia hantarkan gi airport. Kesian gak dia kena bangun awal dari biasa.hehehe..

Sampai di airport, menunggu ketibaan 2 kwn yang ikut serta. Setelah menunggu dalam 15minit, akhirnya dorang sampai gak. Kemudian, terus check-in di kaunter berlepas. Terus menunggu di depan pintu balai berlepas kerna menunggu sorang lagi kwn yg belum tiba. Flight berlepas 10minit awal dari masa yang ditetapkan kerana semua penumpang datang awal. Agaknya semua dah tak sabar nak sampai kk kot. Hehehehe..Sempat gak posing didalam flight. Oleh kerana kedudukan jauh dari 3kawan yang lain, hanya kami bertiga sahaja yang sempat snap gambar.


Pic posing dalam flight...hehehe...



Pada pukul 8.55pagi, selamat mendarat di airport kk sabah. Setelah membuat pemeriksaan imegresen dan mengambil bagasi di luggage, kami berenam pergi ke kaunter taxi. Kebetulan kami ingin menyewa kereta untuk 2 hari. Sementara kawan-kawan yang lain tengah runding harga sewa kereta, ria sempatlah terjumpa sorang makcik cina yang ria kenal di miri. Dia siap bagi number kereta sewa kalau kita nak sewa kereta kat sabah. Ria cuba call pemilik number tersebut dan tanyakan harga. Harga kereta Avanza yang dia tawarkan lebih murah. RM500 untuk 2 hari termasuk insurans sekali. Jadi, kami sepakat nak guna kereta tu. Setelah selesai bincang-bincang, penyewa tu bagitau, pukul 8pagi sabtu, kita leh gunakan kereta tersebut dan dia akan hantar pergi hotel tempat kami menginap.

Hotel tempat kami menginap malam pertama di KK

Kemudian, kami bertolak ke hotel menggunakan 2 teksi. Harga teksi ke hotel promenade RM28. Kira murah jugaklah tu. Sampai di hotel dekat pukul 10pagi, ria terus menuju ke kaunter untuk check-in. Selesai check-in, kami tidak boleh terus ke bilik kerna customer dalam bilik tu belum lagi check-out. Kena tunggu sampai pukul 1petang, baru boleh masuk bilik. Kami tinggalkan beg-beg di ruangan khas dalam hotel tersebut dan mengambil baju-baju untuk dibawa ke pulau selepas ni. Pada mulanya, ria tak berhajat nak mandi, hanya nak celup-celup kaki dalam air jer dan tengok2 pemandangan pulau, tapi setelah dihasut dek kawan2 yg lain, ria pun lembut hati gak nak ikut mandi walaupun sebenarnya tak nak mandi kerna atas sebab2 yg tidak dapat dielakkan.hehehe… Kebetulan, takda bawak baju mandi, jadi kena singgah kat kedai nak beli baju jap. Dah siap, kitaorg pergi ke centre point sabah. Perkara pertama yang kami buat ialah melantak..hehehe, kami sarapan pagi di Nelta Café & Catering. Siap lagi suruh tuan punya kedai tu yang snap pic kami. Kesian tauke kedai tu kena buli. Hikhik..
Sesi sarapan pagi bermula di Nelta Cafe.

Lepas jer makan, kami singgah di ngiu kee centre point tu, Beli baju untuk mandi. Kemudian, singgah beli makanan untuk makan di pulau nanti. Pada pukul 11 lebih, Kami mengambil teksi untuk pergi ke pengkalan jeti “Jesselton Point”. Untuk ke pengkalan, kami juga mengambil 2 teksi. Harga teksi ke jeti RM10. Sampai di jeti, kami terus pergi ke kaunter tiket. Kami memilih untuk ke pulau manukan & pulau mamutik. Harga untuk ke dua pulau tersebut RM17/person. Oleh kerana ada 4org diantara kami yang ingin snorkeling, kena tambah RM15/sorang. Dua kawan ria yg lain, tak nak mandi-mandi. Tapi bagus gaklah dorang tak mandi, ada gaklah yang jadi tukang jaga barang-barang..hehehe, sian lak kena buli. Ria bayar RM162 untuk perjalanan ke pulau dan ambil resit. Kebetulan, ria dilantik jadi bendaharilah kiranya dalam trip ni, jadi semua bayaran baik dibayar oleh sorang jer. Nanti, barulah bahagi2 berapa bayaran sorang2. Sementara menunggu bot nak bawak kami pergi pulau, kami siap lagi singgah beli topi. Semua beli topi. Siap rebut-rebut lagi.hehehe. Topi pun kira agak murah gakla, RM10 je. Lepas beli topi, kami duduk kembali menunggu nak pergi pulau. Kira-kira dekat pukul 12, kami disuruh pergi ker bot yang disediakan. Semasa sampai di jeti bot tu, ria tunjukkan kupon masuk. Rupanya, kena bayar RM6/sorang lagi untuk naik bot. Ria bayar RM36 untuk 6org. Selesai prosedur tersebut, kami naik bot dan diminta menggunakan jeket keselamatan. Semasa dalam bot, deal yg kami sewakan kereta tu bagitau, kereta avanza yang kami sewa untuk keesokkan hari tu tak dapat digunakan kerana customer dia hantar kereta tghari. Nak tak nak, kami terpaksa batalkan guna kereta tu. Oleh kerana takda masa nak cari kereta lagi, kami setuju nak guna Innova yang dia perkenalkan. Tapi kami kena tambah RM50. Kami sepakat nak gunakan kereta ni jer.

Perjalanan pertama, kami bertolak ke Pulau Manukan. Cuaca hari ni cerah. Laut pun bergelombang sikit-sikit. Ada kawan yang tak pernah naik bot, rasa excited kerana pengalaman kali pertama. Bagi ria, naik bot perkara biasa kerana kampong ria mmg menggunakan bot sebagai pengangkutan. Dalam bot ni, sempat gak kami bergambar. Heheehe..


Sempat posing dalam bot..Hahahaha..


Bukan main serius lagi pakcik bot ni tengah mengemudi bot dia. Hehehehe..


Salah sorang pelancong asing yang join bot kitaorang.


Antara pelancong lain yang bersama kami.


Jelingan manja salah sorang kawan yang excited nak mandi laut. Hehehehe..


Pemandangan Tebingan Bandaraya KK dari bot.


Gambar 2 dari kawan ria posing dalam bot..


Tebingan bandaraya KK menuju ke Pulau Gaya..


Pemandangan Jauh Pulau Mamutik.










Setiba di Pulau Manukan, dah tak sabar-sabar nak naik. Pakcik bot tersebut memberi kami berempat barang-barang yang digunakan untuk snorkeling. Cari port untuk parking barang-barang. Kemudian, kami pergi tukar baju sementara 2 org kawan menjaga barang-barang yang lain. Antara pic yang sempat diambil di Pulau Manukan.













Semasa snorkeling, bestnya dapat tengok ikan yang bermacam2 jenis. Kami terpaksa snorkeling jauh kerana bahagian yang dekat dengan pantai, ikan-ikan tak nampak. Air kat bahagian tersebut tak jernih dan tiada rumpai laut. Sayangnya tak dapat ambil pic masa kami snorkeling kerana takda bawak kamera yang kalis air. Best pengalaman dapat tengok gamat, rumpai laut dan ikan-ikan yg berwarna warni. Bila kaki menyentuh gamat-gamat tersebut, rasa geli jer kat kaki sebab gamat tu lembut. Kalau tgk lama-lama, mcm ular pun ada gak.hehhee. Ikan-ikan lak jinak. Siap main kat tepi kaki lagi. Ada yang main kat celah tangan, tp bila kita nak tangkap, ikan-ikan tu lari.

Setelah 2 jam di Pulau Manukan, Pada pukul 2petang, kami menunggu bot di jeti untuk membawa kami ke Pulau Mamutik. Pulau ni agak kecil dari Pulau Manukan. Sampai di pulau, 3 kwn ria yang lain tu siap sambung snorkeling lagi. Ria lak tak nak dah sebab penat. Dorang bertiga pergi ke sebelah hujung tmpt snorkeling sementara kami bertiga jaga barang-barang. Pada pukul 3petang, ria pergi tukar baju mandi yang ria gunakan tadi. Sementara menunggu pukul 4ptg, kami jenjalan di pulau tersebut. Ini antara pic yang sempat diambil dipulau Mamutik.








Pada pukul 4.30ptg, kami bertolak dari pulau Mamutik balik ke perhentian jeti semula. Badan mmg terasa penat setelah berenang 2 jam. Sampai di jeti, kami sempat posing sebelum balik ke hotel. Kami balik ke hotel menggunakan teksi. Walaupun pada mulanya, nak jalan kaki jer..hehehe.



Sampai di hotel, ria ke kaunter untuk ambil kunci bilik. Sampai di bilik, ria dan 2 org kwn sempat mandi sebelum kami bercadang nak pergi ke pasar malam. Bilik oklah, kira semuanya lengkap. Ria puas hati dengan bilik tesebut. Cuma takda disediakan sekali dalam pakej bilik untuk breakfast je, kalau nak, kena tambah sendiri. Kami pada malam tersebut, tinggal 6org dalam satu bilik. Bilik tersebut dah menyediakan 6 katil super single. Kami kongsi dua-dua dalam satu katil.

Pada pukul 6 lebih, kami bertolak dari hotel ke pasar malam Gaya Street. Ria rasa lapar sebab kami makan seawal pukul 10pagi. Sampai jer di pasar malam tu, fuhhhh! Mmg rambang matalah tgk bermacam-macam jenis gelang kristal yang ada. Ada kawan-kawan ria yg terus pilih memilih gelang-gelang kristal. Oleh kerana perut yang terlalu lapar, ria tak dapat nak pokus kat barang-barang jualan di kedai tersebut. Ria nampak gelang-gelang yang berkelip tu macam nasi jer..heheheeh.. Oleh kerana tak dapat menahan rasa nak makan, ria ajak dua kawan ria temankan ria pergi makan. Kami terpaksa tinggalkan 3lagi kawan yg tgh asyik membeli-belah.hikhik. Sampai dikedai makan, kami bertiga hanya pesan roti canai 3 set. Ria pesan air limau. Ingatkan tak nak makan nasi terus supaya nanti boleh serentak ngan kawan yg 3org tu boleh sama-sama makan nasi. Semasa tgh tunggu pesanan tu, ria call salah sorang kawan tu bagitau, yg kami pergi mkn kejap. Jadi untuk malam tersebut, kami berjalan berasingan sbb kebetulan, mereka terus pergi makan gak. Sampai jer order yang dipesan, ria bengang gaklah sbb ria order air limau, tapi diberi air limau panas. Pertama kali minum air limau panas. Oleh kerana perut yang lapar, abis gaklah makanan yang dipesan tu. Setelah selesai makan, kami kembali ke pasar malam Gaya Street tersebut. Kawan kami 3org dah pergi mkn. Pilih memilih, akhirnya ada gaklah ria sambar gelang kristal yang dijual. Tengah-tengah kami asyik memilih, kawan kami call bagitau mereka dah sampai hotel. Nak tak nak, kami pergi balik ke hotel kerana kunci hotel ria yang bawak. Kami bertiga sampai di hotel dalam pukul 8 lebih, mencari-cari kawan yang 3org tu di lobi hotel. Ria call, rupanya mereka dah masuk bilik. Mereka minta tolong pekerja hotel bukakan bilik. Fuhhhh! Penat jer kami balik. Kami bertiga meneruskan perjalanan. Tapi kami tak pergi ke pasar malam lagi kerana tempat tu agak jauh gakla. Kami menggunakan jalan sisi hotel untuk ke “centre point”. Sampai di centre point, kami singgah makan lagi di Mac Donald. Nak cari kedai makan, semua dah tutup. Ria order bubur ayam jer, sementara 2 kwn ria makan fast food. Nampaknya, malam tu kami tak dapatlah nak makan nasi. Huhuhu.. Selesai makan, kami terus berjalan balik ke hotel kerana centre point tu tutup pukul 9.30pm. Sepanjang perjalanan balik tu, kami sempat gak snap beberapa keping gambar.



Sampai hotel, kami mandi lagi sebelum tidur. Kawan yang 3 org tgh rehat-rehat. Pada malam tu, kami semua siap-siap packing barang untuk pergi ke kundasang keesokkannya. Ria tak dapat tidur dengan nyenyak kerana kaki dan badan penat seharian mandi manda dan berjalan. Apapun, walaupun penat.. tapi best giler..hehehehe..


Hari ke 2 (01.Aug.2009)
Seawal pukul 5.30pagi, kami dah bangun mandi. Ria giliran yang keempat mandi. Jadi lehlah lelap kejap lagi sementara menunggu kawan yang lain mandi. Selesai bersiap, dalam pukul 8.10pagi, kami keluar dari bilik hotel membawa kesemua beg untuk check-out. Budak yang tmpt kami menyewa kereta pun dah menunggu di lobi hotel. Sampai di lobi hotel, kawan-kawan ria berbincang dengan budak kereta tersebut sementara ria check-out. Setelah selesai ria check-out, rina menuju kearah mereka. Rupanya, kereta Innova yang diberitahu tu tambahan RM50 untuk sehari, ria ingatkan untuk 2 hari. Jadi jumlah kesemua yang perlu kami bayar adalah RM600. Setelah kami membayar harga kereta tersebut, kunci kereta diberi kepada sorang kawan ria. Dialah yang jadi tukang pandu kami sepanjang berada di Sabah ni. Dalam hati ria, semasa menaiki kereta tersebut, berdoa semoga semuanya dalam keadaan baik. Setelah kami berada dalam kereta, perkara pertama, kami singgah breakfast terlebih dahulu.


Lepas jer breakfast, kami singgah mengisi minyak di shell. Untuk ke kundasang, kami mengisi minyak sebanyak RM60. Kemudian ,kami bertolak ke kundasang. Dalam perjalanan ke kundasang, kami singgah di Pekan Nabalu. Kami membeli makanan ringan yang dijual di pekan tersebut. Sepanjang perjalanan, kami makan buah-buahan dan keropok ubi yang kami beli. Ini sebahagian gambar-gambar sepanjang perjalanan dari kk sampai ke Pekan Nabalu.





Setelah bertolak dari pekan nabalu, kami singgah di Kinabalu Park. Kami sampai di Kinabalu Park dalam pukul 10lebih. Perjalanan agak lama kerana kami banyak singgah. Sampai di kawasan ni, mmg dah terasa bahang sejuknya gunung kinabalu. Kami membuka cermin kereta dan menggunakan fresh air je. Fuhhhh!...cuacanya sejuk dan angin yang mendamaikan. Kami membayar RM3/sorang untuk masuk ke Kinabalu Park. Kupon tu nanti, kami boleh gak gunakan di “Poring Hot Spring”. Bestnya berada di kaki gunung kinabalu ni. Persekitaran yang menenangkan. Udara segar dn kita dapat rasakan angin menusuk sampai ke sum-sum tulang.hehehe..Ni antara gambar yang sempat diambil di Kinabalu Park.



Pemandangan di bahagian ruang istirehat Muzium mini Kinabalu Park




Setelah keluar dari Kinabalu Park, kami plan mencari hotel persinggahan untuk malam tersebut. Sebelum ke hotel, kami singgah makan tengahari di sebuah kedai mamak di pekan Ranau. Ria just pesan murtabak jer sebab perut masih kenyang gakla sebab dalam perjalanan ada sesi makan-makan dalam kereta.



Kemudian, kami ker hotel Kinabalu Pine Resort. Kami check-in pukul 1 lebih, kami memilih 2 bilik hotel. Kawan yang 2org kongsi berdua, sementara kami berempat masih kongsi bilik yang sama. Kwn yg 2org diberi bilik E1, manakala kami berempat mendapat bilik E3. Bilik ni berada di bahagian lereng bukit sebelah bawah Pine Resort tersebut. Dalam bilik tersebut ada 2 katil super single, kami kongsi dua org satu katil mcm di promenade hotel gak. Cuma kawan yg 2 org tu jer yang sorang-sorang kerana bilik mereka ada 2 katil single. Bilik kat sini pun ok kerana lengkap bagi ria Cuma tak disediakan aircond. Mereka Cuma sediakan kipas je. Takda aircond pun takpe.. cuaca memang sejuk. Mereka juga sediakan sekali dinner dan breakfast untuk pagi esoknya. Harga bilik semalam RM160. Kami Cuma perlu tambah RM10/person untuk breakfast keesokkan paginya. Jadi kami Cuma tambah RM20 jer sebab dua org tak masuk dalam pakej.

Setelah berehat seketika, kami bertolak ke “Poring Hot Spring” dekat pukul 2ptg. Ria dan 2 kwn membawa baju mandi kerana kami plan nak mandi di sana. Perjalanan dari hotel ker “Poring Hot Spring” tak lebih dari 1/2jam. Sampai jer disana, selepas ria tunjukkan kupon yg kami beli di kinabalu park, kami dibenarkan masuk. Suasana dalam kawasan tu agak sesak dengan orang ramai. Kami mencari-cari port untuk mandi tapi tak jumpa kawasan yang sesuai. Akhirnya, kami cuma berjalan-jalan jer dalam kawasan tu. Terpaksa batalkan niat untuk mandi manda. hehehehe. Untuk pengetahuan, dalam kawasan “hot spring” ni, takda line henfon. Cuma disediakan public phone je. Antara gambar-gambar yang sempat diambil dalam kawasan air panas ni.









Pada pukul 4pm, kami bertolak dari “poring hot spring”. Dalam perjalanan balik ke hotel tu, kami singgah di gerai menjual bunga & sayur di tepi jalan. Gerai ni bersebelahan dengan jalan masuk ke "Kundasang War Memorial". Sempat gak snap beberapa keping gambar kat area ni.hehehhe..



Kemudian, kami masuk ke simpang “Kundasang War Memorial”. Plan nak singgah tapi jam dah dekat pukul 5. Tak sempat nak jenjalan kerana memorial tu tutup pukul 5ptg. Rasa rugi gak tak dapat singgah jenguk apa yang ada dalam tu.



Kami meneruskan perjalanan masuk ke dalam menuju ke “J.S Nursery” iaitu kebun bunga kat situ. Sampai di kawasan ni, rasa best giler dapat tengok bermacam-macam jenis bunga dan yang paling penting pelbagai jenis kaktus kerana ria minat giler kaktus. Rasa nak beli jer kaktus yang ada tapi sayangnya tak boleh bawa naik kapal terbang. Terpaksa batalkan niat dihati. Ini sebahagian gambar-gambar yang sempat diambil dalam kawasan taman bunga ni.






Setelah itu, kami ke Kundasang Dairy Farm pula atau juga dikenali sebagai Mesilau Dairy Farm. Perjalanan masuk ke kawasan Dairy Farm itu memerlukan menuruni bukit, mendaki bukit dan melalui kawasan kampung dan sayur di lereng bukit. Untuk menerokai kawasan tersebut, kawan ria membawa kereta dengan gear 1 dan 2 sahaja. Adakalanya, keadaan agak sukar sedikit untuk menaiki bukit di kawasan tersebut. Mujur gaklah dia pandai mengawal situasi. Thanks buat kawan yang leh tahan terrer jadi driver kami tu..hikhikhik.. Semasa berada di kawasan ni, Semuanya nampak hijau dan nyaman. Semakin hampir dengan kawasan Dairy Farm, semakin tinggi jalan yang dilalui dan mula dilihat dengan jelas pemandangan Gunung kinabalu macam dekat sgt dengan gunung kinabalu walaupun puncak gunung tak jelas kerana diliputi awan. Pemandangan sekitr begitu cantik, kagum sejenak melihat keindahan alam ciptaan Allah. Nun disana, terdapat lembu-lembu baka New Zealand sedang meragut rumput di Dairy Farm dengan pemandangan berlatar belakangkan Gunung Kinabalu. Terasa macam holiday kat oversea pulak rasanya bila melihat pemandangan ini. Ditambah lagi dengan tiupan angin yang menyegarkan.hehehhehe…. Kami sempat berhenti sekejap untuk menikmati pemandangan indah petang di situ sambil melihat lembu-lembu tu dari jauh. Nak masuk ke kawasan tersebut tapi jam dah agak lewat.Dah pukul 5 lebih, kami Cuma tengok dari jauh dan mengambil gambar dari jauh jer. Tak dapat nak singgah tengok lembu lagi. Takut nanti, lama lak melayan lembu-lembu tersebut.hehehe..Ini sebahagian gambar sekitar kawasan yang sempat diambil.



Kami kemudiannya bertolak balik ke hotel pine resort. Jam pada masa tersebut pukul 7pm. Kami singgah di hotel sekejap dan kemudiannya berjalan kaki ke restoran hotel tersebut untuk singgah makan petang.


Lepas je makan, kami jenjalan kejap kat bahagian bawah belakang restoran tersebut untuk menikmati cuaca dan pemandangan malam di resort itu. Cuaca memang sejuk, rasa masuk ke tulang sum-sum.

Kami balik ke hotel pukul 8lebih. Ria mandi dan kemudian mengajak sorang dari kawan di bilik berasingan keluar melihat pemandangan malam yang sejuk dan posing beberapa keeping gambar. Kawan-kawan yang lain hanya duduk dalam bilik hotel kerana cuaca sememangnya sejuk. Mungkin juga ada yang kepenatan setelah seharian perjalanan. Tak lama gaklah ria jenjalan, dalam kira-kira lebih setengah jam, kami berdua balik ke hotel. Kelihatan ada pelancong lain yang membuat barbecue tak jauh dari bilik kami.



Sampai di bilik, kami borak-borak sekejap dan kemudian, dua dari kawan ria masuk tidur. Lom pukul 10 lagi, mereka dah tidur, mesti kepenatan tu. Tambahan sorang dari kawan tu, jadi driver sepanjang hari.hehehe.. Ria dan sorang lagi kawan masih terkebil-kebil. Mata ria tak leh nak tidur. Entah mengapa mata tak mengantuk lagi. Di luar, kedengaran angina bertiup begitu kuat. Rasa bergegar gak bilik hotel dibuatnya..hikhik. Lepas tu, ria tak sedar pukul berapa agaknya ria tidur. Sedar-sedar, ria nampak bilik gelap. Ria menjeling ke arah jam. Rupa-rupanya, jam baru pukul 3 pagi. Ria bangun dan Tanya kat kawan kenapa bilik gelap. Ria ambil lampu picit yang kawan bekal bersama holiday tu dan menuju ke toilet. Dah lepas gi buang air kecil, ria jenguk kat tingkap. Agaknya black-out kerana kelihatan lampu jalan memang menyala. Cuma lampu bilik jer yang takda. Ria sambung tidur semula.



Hari ke 3 (02.Aug.2009)
Pada pukul 5.30 pagi, ria bangun dan jenguk kat tingkap untuk melihat kalau-kalau puncak gunung kinabalu sudah kelihatan kerana kawan ria bagitau pada masa tersebut, puncak gunung dah boleh dilihat. Rasa hampa gak bila hanya kabus jer kelihatan. Ria keluar bilik untuk melihat lebih jelas. Tapi cuaca tak begitu baik pada masa tersebut. Ria dan kawan masuk semula ke bilik untuk mandi. Cuaca sejuk, sedapnya mandi air panas.hehehe. Selesai mandi dan bersiap-siap, kami semua pergi breakfast pada pukul 7pagi. Kami terus membawa masuk semua barang-barang ke dalam kereta kerana lepas sarapan pagi, kami ingin berjalan disekitar kawasan resort dan terus bertolak.

Ria tunjukkan kupon breakfast dikaunter restoran dan kami mula mkn. Makanan pada pagi tersebut, ermmmm… kurang sikitlah dengan selera ria. Tapi makan jelah untuk alas perut. Hehehe. Selesai makan, kami berjalan-jalan disekitar. Ini diantara sebahagian gambar yang sempat diambil.






Kami bertolak dari Pine Resort kembali ke KK lebih kurang pukul 8lebih. Dalam perjalanan, kami tidak singgah dimana-mana kawasan lagi kerana kami ingin singgah di pasar Gaya Street. Takut nanti, kami terlambat sampai di KK. Sepanjang perjalanan balik ke KK, ria sempat capture gambar Gunung Kinabalu pada pagi tersebut. Mujur gaklah dapat nak tengok puncak Gunung Kinabalu.



Kami sampai di KK kira-kira pukul 11 pagi. Kami terus parking kereta berhampiran dengan kawasan Gaya Street supaya kami senang untuk berjalan kaki ke area tersebut. Sampai di Gaya Street, kami mula rambang mata dengan pelbagai barang jualan di sana. Agak lama gak kami disini. Biasalah sesi tawar menawar.hehheehe.. adakalanya kami berpecah mencari keperluan masing-masing. Ria ada sambar gak bermacam-macam jualan yang berkenan. Kira masa ni kami memang borong sakanlah.hahahaha..Ini gambar di sekitar Gaya Street.













Kami keluar dari Gaya Street kira-kira pukul 1.30ptg. Kami terus menuju ke kereta dan mencari hotel untuk stay malam tersebut. Setelah berfikir-fikir, kemudian kami sepakat untuk menyewa hotel di 1 Borneo. Kami terus bertolak ke 1 Borneo. Ria dan sorang diantara kawan keluar survey hotel, sementara yang lenlain pergi parking kereta. Pada mulanya, kami bercadang nak tinggal di Tune hotel. Harga untuk 1 bilik Cuma RM89 jer tapi masalahnya aircond takda disediakan. Cuma kipas siling je. Tambahan, peralatan lain seperti TV dan Tuala tidak disediakan. Kalau nak, perlu membuat tambahan harga. Kami kemudian pergi ke hotel bersebelahan dengan Tune Hotel iaitu Courtyard Hotel. Harga agak berbaloi gak. Kami menyewa dua bilik. Dua dari kawan ria kongsi 1 bilik iaitu Bilik Balinese Rm138++ untuk semalam, Manakala kami berempat kongsi 1 bilik. Kami memilih bilik Deluxe Executive dgn harga 188++ semalam. Lepas check-in, kami tak terus ke bilik. Kami pergi lunch dulu kerana jam pun dah menunjukkan pukul 2lebih. Kami memilih untuk makan di The Chicken Rice Shop. Sambil makan, ada sorang kawan kurang sihat. Jadi, dia ditemani sorang lagi kawan ria kena masuk ke bilik terlebih dahulu dari kami sementara yang lenlain masih makan. Selesai makan, ria pergi ke kaunter bayaran untuk membayar makanan kami.



Kemudian, kami terus pergi menuju ke kereta untuk membawa barang-barang ke bilik hotel. Sampai di depan hotel, kami disambut oleh pekerja hotel. Mujur gaklah ada parking kosong di depan bilik hotel, dapatlah kami parking kat depan hotel. Pekerja hotel membantu kami parking kereta sementara sorang lagi pekerja membawa barang kami naik. Ria dan sorang kawan sampai di tingkat 5 hotel. 2 lagi kawan pergi ke tingkat 1 hotel. Yg dua lagi sudah ada dibilik. Sampai di bilik ni, Ria berpuas hati dengan suasana dalam bilik. Cuma yang tak bestnya, katil yang disediakan agak kecil berbanding katil super single yang sebelum ni. Untuk kongsi 2 org sekatil, agak kecil sedikit. Tapi apapun, kami tetap tidur atas katil tu gak.hehehhe.Pemandangan di luar pula, kurang menarik kerana dibahagian sisi hotel tengah under renovation.

Setelah berehat 1/2jam dalam hotel, kawan yg kurang sihat pun dah ok, kami kemudian berjalan-jalan disekitar 1 Borneo. Ria Cuma ronda-ronda sekitar hotel kerana tiada barang yang berkenan dihati.



Kami kemudiannya, bertolak ke Tanjung Aru Beach. Kami singgah membeli jeruk-jeruk dan duduk di tepi pantai menikmati pemandangan petang. Ria tak makan jeruk kerana perut ria ni alahan sikit makan makanan yang masam-masam. Ria beli gak jeruk untuk dibawa balik untuk kawan-kawan sekerja. Ria Cuma makan jagung rebus dan kacang. Harga jagung rebus disini murah. 1batang jagung Cuma RM1 jer. Jalau beli RM2 leh dapat 3btg. Beli RM5 lak, leh dpt 7btg. Antara koleksi gambar di tanjung aru yang sempat diambil.



Setelah balik dari tanjung aru, kami singgah di Pekan ikan masin di pasar Filipina iaitu sejajar dengan pasar kraftangan. Kami singgah untuk beli makanan kering kat sini. Ada juga dikalangan kawan-kawan ria yang beli ikan masin. Ria cuma beli keropok amplang dan kuih cincin.




Kemudian, kami singgah makan di gerai Filipina. Ria agak tak selesa makan di sini kerana keadaan persekitaran yang agak padat. Ditambah pula semasa makan, terpaksa duduk makan di kelilingi asap. Agak tak berselera makan. Ria cuma makan sedikit dan tak nak makan nasi kerana masih Kenyang lagi. Ria memesan air kelapa sambil menunggu kawan-kawan yang lain makan. Selesai makan, kami berpecah kerana jam pun dah pukul 7lebih. Ria dan 4org kwn yg lain pergi singgah di tempat menjual sayur-sayuran sementara kawan yg 2 lagi masih makan. Berselera sungguh dorang berdua tu makan. Hehehehe..



Di tempat menjual sayuran, ria cuma membeli buah mango. Harga 7biji mango Cuma RM10 je. Kemudian, kami ker centre point kerana ada kawan ingin membeli barang-barang disitu. Sepanjang perjalanan, ria sempat menangkap pic pemandangan petang disitu.



Sampai di centre point, kami membawa haluan masing-masing membeli barang-barang yg ingin dibawa balik. Ria ada sambar beberapa barang seperti baju sebagai kenang-kenangan. Kami berada di dalam centre point sampai pukul 9.30pm. Kami kemudiannya balik ke kereta yg terletak tidak jauh di gaya street untuk menuju balik ke 1 Borneo.

Di hotel, semua nampak kepenatan lebih-lebih lagi ria tak banyak bercakap kerana kepenatan. Ria terus kemas barang-barang ke dalam beg supaya pagi esok tidaklah kelam kabut. Kelihatan sorang daripada kawan ria tidur. Setelah selesai packing, jam telah menunjukkan pukul 11 malam. Ria mandi nak kemudian terus tidur. Ria dah tak sedar kerana kepenatan. Ria tidur sampai ke pagi. Bangun sekejap ke toilet pada pukul 4pg kemudian sambung tidur sampai pukul 7pg.



Hari ke 4 – Hari Terakhir di Sabah (03.Aug.2009)
Pada pukul 7pagi, kami bangun. Badan kepenatan tapi berbaloi dengan aktiviti padat yang tersusun rapi. Hari ni kami akan balik ke miri menggunakan flight pukul 1.30pm. Pada hari ni gak, kami kena bagi balik kereta yang telah disewa mengikut masa yang dijanjikan. Ria call dak kereta tersebut yang bernama Dani untuk membuat perjumpaan menghantar balik kereta yang disewa. Dak tersebut memberitahu yang kami boleh tinggalkan kereta didepan hotel dan memberi kunci kereta kepada pihak hotel supaya mereka boleh mengambil balik kereta tersebut. Setelah mandi dan bersiap-siap, kami berempat turun ke lobi hotel untuk meletakkan kereta di depan hotel supaya mereka senang mengambil kereta. Setelah kawan ria parking kereta tu didepan hotel, ria baru teringat yang kami belum lagi ambil gambar kereta yang menabur budi membawa kami menjelajah sabah ni.hehehe… Ria sempat capture beberapa keping gambar kereta yang kami gunakan ni.



Kemudian, kami terus ke tingkat 6 hotel iaitu kawasan menuju ke restoran hotel. Kami sarapan pagi di restoran tersebut sementara 2 lagi kawan ria di bilik tingkat 1 hanya bersarapan didalam dibilik. Kami sempat capture beberapa keping gambar di sekitar restoran..






Lepas menjamu selera, kami singgah di kedai Giant. Jam menunjukkan pukul 9lebih. Kami sempat jenjalan didalam kedai tersebut kerana ada kawan yang ingin beli kopi tenom. Ria tak beli kerana ria tak minum kopi. Sambil jenjalan, kami bergambar di sekitar 1 Borneo.



Jam kemudian menunjukkan dekat kul 11 pagi. Kami kemudian kembali ke hotel untuk check-out. Kami perlu berlepas ke airport. Ria kemudian mengajak 2 kawan ria di tingkat 1 untuk membuat check-out sementara 3lagi kawan ria dalam perjalanan keluar dari bilik hotel. Sempat capture pic check-out..hehehehe.



Ria ke airport menaiki kereta pakcik yang kebetulan kerja disabah. Hari ni baru berpeluang berjumpa kerana aktiviti yang padat. Tak sempat nak jumpa dia dan family. Ria mengajak 2 kawan untuk teman bersama sementara 3 yg lain menaiki teksi menuju ke airport. Sementara menunggu pakcik tu, ria posing kejap depan hotel.hehehehe..



Setelah pakcik sampai, kami bertolak ke airport. Pakcik sempat membawa kami singgah di bukit bendera untuk melihat pemandangan sekitar sabah. Kemudian kami terus pergi ke airport. Sampai di airport, kami bertiga terus check-in dan kembali ke kereta pakcik kerana dia mengajak kami singgah minum-minum di Tanjung Aru. Kami bertiga pesan ABC Special. Perrrrrgggh! Bkn main banyak lagi buah-buahan yang ada dalam ABC tu. Selepas makan, ria sempat capture 1 pic bersama keluarga pakcik. Sebelum bertolak, kami bertiga membeli jagung rebus untuk dibawa balik.



Sampai di airport pukul 12.45pm, kami terus menuju ke balai berlepas. Sementara menunggu, ria sempat capture gambar di sekitar airport. Ini antara gambar yang sempat diambil sehingga kami tiba di lapangan terbang miri.






Sampai dirumah jer, ria siap susun barang-barang yang dibeli sepanjang berada disabah. Ini sebahagian kecil barang-barang yang sempat ria beli. Barang-barang lain tu, biarlah menjadi rahsia.hehehehe…



Maybe ada yang perasan, kebanyakkan pic ria asyik pakai spek je kan. Hehehehe... Actually, ria memang rabun jauh. Malas lak nak pakai contact lens sepanjang trip tu. Kebetulan, ria mmg pakai spek yang automatik bertukar warna jika kena cuaca cerah. so, nampaklah cam ria asyik guna spek itam je kan. Itu adalah disebabkan terkena pancaran matahari. Hikhik..

Indah sungguh kenangan bercuti di Sabah. Ria akan jadikan ianya sebagai kenangan yang terindah. Pastinya ria bercadang akan kembali bercuti ke sabah walaupun nanti bukan bersama kawan-kawan percutian ria kali ni. Happy sesangat yang akhirnya hajat kami terlaksana dan semua yang dirancang berjalan dengan lancar. Pada kengkawan yang menyertai percutian ke sabah kali ni, kenangan bersama akan tersimpan dan tersergam indah di lubuk hati ini.

Buat Negeri Sabah – Ria pasti kembali…..hehehehehe…

No comments:

Post a Comment

blogger templates | Make Money Online