Ruangan Sembang - Tinggalkan jejak anda disini..

Saturday, January 16, 2010

Gerhana Matahari

Semalam 15.01.2010, Gerhana matahari separa berlaku. Gerhana matahari tahun ni, menurut berita dari akhbar, Malaysia hanya dapat mengalami 40% gelap. tu kira boleh tahan gaklah. Sangat bertuah bagi yang dapat menyaksikan gerhana tersebut. Gambar ni ehsan dari sahabat ria. Ria tak berpeluang nak tengok disebabkan di tempat ria, hujan dari pagi tak henti-henti.

Location, Date & Time:
Darul Quran, KKB | 15 January 2010 | 4:27pm (+8GMT)
Latitude: +3d 32'32.17"
Longitude: +101d 39'58.62"

“Sesungguhnya matahari dan bulan adalah dua tanda dari tanda-tanda kekuasaan Allah. Terjadinya gerhana matahari atau bulan itu bukanlah kerana kematian seseorang atau kehidupannya. Maka jikalau kamu melihatnya bertakbirlah, berdoalah kepada Allah, bersolatlah dan bersedekahlah. Wahai umat Muhammad, tidak ada yang lebih cemburu (marah) mengatasi kemarahan Allah atas perbuatan zina di kalangan hamba-Nya sama ada lelaki atau perempuan. Wahai Umat Muhammad, demi Allah, jika kamu mengetahui apa yang aku ketahui, nescaya kamu akan sedikit ketawa dan banyak menangis.”
(Hadith riwayat Muslim)


Keunikan semasa berlakunya gerhana. Unik kah ? Unik sebab telur ayam boleh berdiri tegak di sebabkan gravity yang selari. Mula-mula memanglah ria macam tak percaya tapi Memang betul lah kan. Tengok la gambar di bawah ni.

Klik pada link untuk melihat video gerhana tersebut. Video ni ria dapat dari seorang kawan forum. -> "Klik Di Sini"


Selain Gerhana Matahari Separa pada 15 Januari, satu lagi fenomena gerhana akan datang ialah Gerhana Bulan Penuh di Sabah dan Sarawak pada 21 Disember 2010.

5 comments:

  1. wah tatau plak psl telur leh tegak nih, nyesal tatau ari tu, kalo tak leh test sendiri :(

    ReplyDelete
  2. the standing eggs look really cute.. I missed that, i was sleeping that, such a waste for.

    ReplyDelete
  3. lenkali leh try wat Matt.. Rina pun nak try gak. hopelah kita sama-sama berpeluang merasa next gerhana.

    ReplyDelete

blogger templates | Make Money Online