Ruangan Sembang - Tinggalkan jejak anda disini..

Wednesday, December 30, 2009

HARI YANG MALANG..

Hari ni, lepas balik keja..plan jenjalan ngan housemate. Kebetulan,housemate ni baru abis cuti..tu yg ajak dia kuar jenjalan sesama selepas seminggu kena tinggal sorang2. Dua lagi housemate masih bercuti sampai 4hb. Cuti sakan dorang berdua ni..huhuhu.

Pada jam 3pm, ria ngan kwn ni kuar. Masa lepas tutup gate rumah tu, siap lak kwn ni tanya..kalau reverse alarm kereta ria ni funtion ke tak. Ria bgtau ya sbb ria beli keta yg full assesori. Mulalah ria wat demo ngan dia.. Demo punya demo, ria betul2 terlanggar gate tu lak. Adeh! bendalah yg ria pikir sampai lupa nak break... Sampai bergegar gate tu ria langgar.Lepas tu, ria kuar dari keta...tgk ada kesan calar2 kat bumper keta ria. Apa lagi, lepas tu..terus gi workshop. Dorang bgtau utk hilangkn kesan calar tu, kena spray 1 bumper tu. Ria tanya harga,dorang bgtau RM100. Sbb tak suka tgk kesan calar tu, ria soh dorang spray. Huhuhu...melayang RM100.

Tgh tunggu dorang spray keta tu, ria ngan kwn pergi makan. Makanan yg ria order dah sampai dulu dr kwn tu. Ria mula mkn slow2 sementara menunggu mknan yg kwn tu pesan. 10minit lepas tu, kitaorg nampak pekerja kedai mkn tu bawak mkanan yg seperti yg kwn ria tu pesan pergi meja sebelah ria. Jarak meja tu dr meja tmpt kami mkn cuma 2 meja jer. Kami pun heranlah nape mkanan yg kwn ria pesan lom sampai2 lagi sedangkan customer tu dtg lambat dari kami tapi dia yg kena serve dulu. Kami berdua sabar lagi.. Dah dekat sejam, xjugak sampai2..ria panggil pekerja kat situ tanya nape mknan yg kwn ria pesan xda lagi. Pekerja tu gi dapur & kemudiannya kami berdua nampak sorang lagi pekerja ambik balik mknan yg kat depan customer tu tadi. Rupa-rupanya, customer tu tak pesan pun makanan tu. Dengan yakinnya, sah2lah mkanan tu kwn ria yg pesan sebenarnya tapi mereka salah bagi kat orang lain.

5 minit lepas tu, ada pekerja dtg gi meja kami dan bawak makanan kwn ria tu. Kami tgk makanan tu semacam je, sebijik cam mknan kat depan customer yg kami tgk tadi. Lepas saling berpandangan, ria tgk kwn ria tu pun, xnak mkn mkanan tu. Kalau bg kat ria pun,ria mmg xnak mkn gak sbb mknan tu tadi dah lama pun kat meja customer tadi. Siap customer tu belek-belek lagi mkanan tu ngan garfu. Ria panggil pekerja situ dan tanya, naper dorang bg kami makanan yg kat meja tadi tu ngan kami. Naper tak masak yg baru. Pekerja tu diam jer n berlalu tanpa cakap 1 patah kata pun.

Kemudian, kami terus bangun dan pergi kaunter bayar. Ria bgtau kat pekerja kat kaunter bayar tu bahawa kami taknak bayar makanan yg kwn punya tu. Ria bgtau, mkanan tu dihidang kat org lain dan kemudian dihantar kat meja kami pulak. Semua pekerja kat situ diam seribu bahasa bila ria cakap macam tu. Ria betul-betul tak puas hati dengan pekerja situ yang melayan pelanggan mcm ni dan langsung tak minta maaf pada customer atas kesalahan mereka. Ria hope lepas ni, takdalah dorang wat benda macam ni lagi pada pelanggan-pelanggan lain. Ria taknaklah dedahkan nama kedai makan tersebut, kang tak pasal-pasal menjejaskan nama baik restoran tu lak. Taknaklah sampai macam tu sekali.

Memang malang sungguh hari ni. Peristiwa malang penutup tahun 2009..huhuhu..

No comments:

Post a Comment

blogger templates | Make Money Online