Ruangan Sembang - Tinggalkan jejak anda disini..

Monday, December 28, 2009

Menghantar fail besar melalui Internet - www.yousendit.com

Internet telah membolehkan kita menghantar fail secara elektronik dengan dengan cepat. Jika dahulu penghantaran maklumat mungkin mengambil masa selama beberapa hari kini maklumat telah boleh dihantar secara elektronik didalam masa beberapa saat sahaja, dimana sahaja diseluruh dunia asalkan ada sambungan Internet.

Teknik penghantaran maklumat melalui Internet yang popular adalah melalui email. Namun begitu terdapat kekangan penghantaran maklumat melalui email jika fail yang dihantar adalah besar atau melebihi ruang saiz alamat email penerima. Sukar bagi penghantar untuk mengetahui saiz ruang email sebenar yang boleh digunakan untuk menerima maklumat. Ada alamat email yang memberikan ruang yang besar dan ada yang memberikan ruang yang kecil.

Namun kini telah terdapat penyelesaian dimana pengguna boleh menghantar fail sebesar 100 MB walaupun peti alamat email penerima adalah lebih kecil daripada itu.

Kemudahan penghantaran email dengan kandungan yang besar ini boleh diperolehi di alamat laman web berikut. www.yousendit.com



Picture 4.png

Anda hanya perlu menambahkan alamat email penerima, nyatakan kandungan fail yang hendak dihantar dan mesej yang hendak disampaikan. Anda tidak pun perlu mendaftar atau membuat apa-apa bayaran. Selesai sahaja kandungan diupload ke laman web www.yousendit.com, satu email akan dihantar ke alamat email yang dinyatakan. Perbezaannya disini dengan teknik penghantaran email yang lain adalah, laman web ini hanya akan menghantar capaian kepada kandungan yang telah diletakan dilaman web tersebut.

Apabila penerima ingin mendapatkan kandungan yang sebenar, mereka hanya perlu menekan diatas capaian yang diterima. Secara automatik apabila capaian ditekan, kandungan yang disimpan untuk sementara dilaman web www.yousendit.com itu akan terus dimuat-turunkan kedalam komputer penerima, tanpa perlu melalui peti mailbox email penerima.

No comments:

Post a Comment

blogger templates | Make Money Online