Ruangan Sembang - Tinggalkan jejak anda disini..

Wednesday, February 17, 2010

Janin hanyut disangka anak patung

by Rosemaria Buma
February 13, 2010, Saturday

MIRI: Tiga budak yang sedang leka bermain di tepi sungai di kawasan setinggan Pujut 5 di sini terkejut dengan penemuan sebuah kotak hanyut berisi janin perempuan yang disangka anak patung.


BAHAN BUKTI: Pegawai penyiasat kes, Sarjan Mejar Momie Gusti menunjukkan
sebuah beg berisi kotak yang mengandungi janin yang sudah tidak bernyawa.

Ketika ditemui, janin malang itu yang masih mempunyai tali pusat serta cukup sifat dibungkus dengan plastik berwarna merah jambu.Turut dijumpai di dalam plastik itu sekeping wang kertas RM10 dan dua batang jarum suntikan (picagari). Menurut sumber, pada tengah hari Khamis lalu, tiga budak terbabit, masing-masingnya seorang lelaki dan dua perempuan berusia antara lapan hingga 10 tahun sedang leka bermain air di tepi sungai di bawah rumah mereka yang terletak di kawasan setinggan Pujut 5 di sini. Ketika sedang bermain, tiba-tiba mereka ternampak sebuah beg mesra alam yang dihanyutkan arus tidak jauh dari tempat mereka bermain. Seorang daripada mereka menarik beg tersebut ke tebing sungai dan memeriksa kandungannya. Apabila diperiksa, mereka ternampak sebuah kotak kecil di dalamnya yang mengandungi satu bungkusan beg plastik merah jambu berisi janin berkenaan dengan bahagian kakinya terkeluar, sekeping wang kertas RM10 dan dua batang picagari.


Kotak yang disangka berisi anak patung itu kemudian dibawa balik ke rumah dan ditunjukkan kepada makcik salah seorang daripada budak berkenaan.Alangkah terkejutnya wanita itu apabila mendapati kotak yang dibawa anak saudaranya itu berisi janin perempuan yang masih bertali pusat, tetapi sudah tidak bernyawa. Laporan polis berhubung penemuan janin itu telah dibuat di Balai Polis Pusat Miri sekitar jam 7 malam semalam oleh wanita berkenaan
dengan ditemani suaminya. Ketua Polis Daerah Miri, Asisten Komisioner Polis (ACP) Jamaluddin
Ibrahim ketika dihubungi Utusan Borneo mengesahkan ada menerima laporan berhubung penemuan janin tersebut.

Katanya, janin itu yang dianggarkan berusia antara 20 hingga 22 minggu telah disahkan tidak bernyawa sebelum ia dijumpai. Beliau tidak menolak kemungkinan kotak berisi janin itu dibuang atau dilemparkan dari atas jambatan Pujut 7 di sini atau dihanyutkan dari bawah jambatan tersebut. “Buat masa sekarang, pihak polis masih menjalankan siasatan untuk mengesan ibu ke-pada janin terbabit termasuk menyiasat sama ada ia perbuatan orang luar atau penduduk di sekitar kawasan ter-sebut,” katanya dan sambil menambah kes disiasat mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan.

sumber : http://www.theborneopost.com/?p=10932

3 comments:

  1. ini menunjukkan betapa ramainya orang Malaysia yang jahil...

    ReplyDelete
  2. Betul gak tu...Seram kan bila ingat benda camni makin berleluasa...huhuhu..

    ReplyDelete

blogger templates | Make Money Online